BALING SELIPAR
Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan
sejenis permainan tradisional
kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar
kepada selipar. Tiga
selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling
untuk menjatuhkan.
Cara
permainan
Permainan ini boleh dimainkan
oleh sesiapa sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini memerlukan selipar yang
tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh
tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dam sebaliknya. Selipar yang
dikumpulkan haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi
digunakan untuk membuat balingan.
Pemain pertama daripada
kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar kearah selipar
yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali
untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak
terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan
lontaran seterusnya.
Jika selipar berjaya
dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan
membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira
berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut
menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut
Permainan susun selipar
masih diingati dan dimainkan sehingga sekarang. Permainan ini masih mempunyai
peminat tersendiri dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya di kampung dan
desa. Di kawasan bandar, apabila ada majlis luar yang melibatkan permainan
tradisional, pertandingan susun selipar dijadikan satu acara yang paling
diminati.
0 ulasan